Saturday, 14 April 2012
Lawatan ke Rumah Perlindungan SOLEHAH di Bandar Tun Razak
Baru baru ini Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bersama sama menjalankan aktiviti melawat ke Rumah Perlindungan SOLEHAH di mana rumah ini menempatkan anak anak dan ibu ibu HIV yang mana julung kalinya diadakan. Ketibaan kami pada pagi itu jam 10.00 pagi disambut dengan penuh mesra oleh kakitangan rumah SOLEHAH yang sudah agak lama menantikan kehadiran kami.
Program beramah mesra di Rumah Solehah Sabtu yang itu berjalan dengan lancar dan baik. Suasana diceriakan dengan kehadiran Raja Pensil Warna (Uneh) dgn acara pertandingan mewarna utk kanak2 dan sessi teknik mewarna bagi dewasa termasuk ahli2 PAFI.
Acara ditutup dengan perkongsian pengalaman dari Pn Zabedah yang begitu menyentuh hati..Seramai 14 orang sukarelawan PAFI hadir dan memberikan sokongan. Anak2 penghuni Rumah Solehah nampak begitu ceria dan mudah mesra walaupun baru pertama kali bersua dgn mereka.
Secara fizikal gelagat mereka yg keletah, suka bertanya dan suka
bermanja seakan2 membuatkan kita terlupa sebentar akan keadaan kesihatan mereka
itu . Kasih sayang dan keperihatinan masyarakat buat golongan seperti ini amat2
diperlukan..mudah2an ada program susulan selepas ini.
Friday, 30 March 2012
Program Lawatan Rumah Anak Yatim Solehah di Bandar Tun Razak pada 7 April 2012
Program Lawatan Rumah Anak Anak Yatim di Rumah
Solehah @ Bandar Tun Razak akan diadakan pada 7 April 2012 ini dengan kerjasama
Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) dan juga Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI). Sebagai penggerak pada PAFI ini saya menyeru agar kawan
kawan yang rasa ingin sama terlibat dalam program ini bolehlah turut sama
menghulurkan bantuan tenaga ke majlis tersebut. Ada dikalangan penghuni rumah
ini yang merupakan anak anak yang menghidapi HIV dan ini adalah peluang untuk
kita turun padang dan sama bermesra dan lebih mengenali mereka ini disamping
dapat mengeratkan hubungan diantara ahli PAFI dan juga kawan kawan dari blog
AHP.
Insyaallah program ini merupakan program kedua
PAFI dan JAWI dan saya cuba untuk melibatkan pembaca blog ini dan AHP
(www.akuhivpositif.blogspot.com) serta Positive Warriors ke program tersebut.
Dibawah ini adalah tentatif program tersebut :
Tentatatif :
10.00 pagi
: Berkumpul di Rumah Solehah Bandar Tun Razak Cheras
10.30 pagi
: Ucapan alu aluan
10.45 pagi
: Program bermula (Diantara program yang akan dijalankan, akan
diberitahu kelak)
12.00 tengahari : Makan Tengahari bersama
1.30 petang : Solat berjamaah
2.00 petang : Pemberian hadiah / saguhati /
sumbangan kepada penghuni Rumah Solehah
3.00 petang : Bersurai
Untuk maklumat lanjut boleh email kepada saya
: hamlihamdan@yahoo.com ataupun boleh telefon saya di talian 012-6053420.
Hidup biar berjasa.... :)
Monday, 19 March 2012
Lawatan Bersiri PAFI / Taman Firdausi @ Rumah Anak Yatim
Lawatan bersiri Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) akan bermula tahun ini dengan sesi pertama lawatan di Rumah Anak Yatim Tmn Baiduri, Dengkil. Dalam program ini kita akan membeli barangan makanan hasil dari kutipan derma dan sumbangan ahli untuk dibawa ke rumah tersebut di samping tujuan untuk mengeratkan silaturrahimPihak PAFI amat memerlukan sumbangan kewangan dan juga dari segi makanan serta minuman untuk dikongsi bersama anak anak ini dan oleh itu kami amat mengalu alukan sumbangan anda kepada pihak kami dengan menghubungi
Kak Maziana di talian 016-3210322 atau
Facebook beliau : Maz Aziz (http://www.facebook.com/ profile.php?id=637264507).
Email : Lina.aziz10@yahoo.com.
Selain itu boleh juga dimasukkan ke akaun bank beliau :
BANK RHB : 10507930079593 MAZIANA ABD AZIZ
Aturcara (31 MAC 2012) :
9.00 pagi : Berkumpul di Tol PLUS Exit Kajang
10.00 pagi : Bergerak ke Rumah Anak Yatim Tmn Baiduri, Dengkil
11.00 pagi : Sesi mesra bersama pengurusan & penghuni rumah berkenaan & penyampaian sumbangan
1.15 tgahari : Solat Zohor dan Makan Tengahari
3.00 petang : Penutup dan bersurai
Sila sahkan kedatangan anda dengan menekan butang ATTENDING : HANYA SEKIRANYA ANDA BENAR BENAR INGIN TURUT SERTA KE PROGRAM TERSEBUT.
Terima kasih
Hamli Hamdan
Amir PAFI / Taman Firdausi
018-2070953
Muktamar Thanawi PAFI Kali ke 2
Satu mesyurat telahpun dijalankan baru baru ini dan secara rasminya kita telah memilih untuk mengadakan Muktamar Thanawi Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) pada 26 Mei 2012 / 5 Rejab 1433 Hijrah. Tempat yang dicadangkan adalah di hotel sekitar Kuala Lumpur. Pihak PAFI akan memaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga yang dirancangkan menjadi kenyataan. Insyaallah
Wednesday, 15 February 2012
Teater AYAH pada 24 & 25 Februari 2012 oleh Persatuan PESONA SENI KL [Rakan NGO PAFI]
Rakan NGO Taman Firdausi iaitu PERSATUAN PESONA SENI KL dengan ini menjemput anda ke persembahan teater yang bertajuk AYAH pada 24 & 25 Februari 2012 bertempat di Auditorium JKKN W.Persekutuan (Taman Budaya KL) bersebalahan dengan Balai Polis Trafik Jalan Bandar KL. Masuk adalah percuma. Ada beberapa ahli Taman Firdausi yang turut berkerjasama dalam team produksi dan juga pelakon teater tersebut. Jemput datang ya!
Monday, 6 February 2012
Bersama sertai kami di Komuniti Usrah Taman Firdausi
Bersama sertai Komuniti Usrah Taman Firdausi di Online dan juga di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur setiap bulan 2 minggu sekali... Dapatkan info terbaru di blog dan juga di facebook.
Subscribe to:
Posts (Atom)




