LAWATI WEBSITE TERBARU PERTUBUHAN AMAL FIRDAUSI (PAFI) di www.amalfirdausi.org

Thursday 25 October 2012

Erti Pengorbanan [Selamat meyambut Aidiladha 1433]


Kedatangan saban tahun Aidil adha sering disambut dengan laungan takbir dan tentunya amat sinonim dengan mereka yang mengerjakan haji di tanah suci. Kehebtan dan kemegahan kuasa Allah disantunkan oleh kumpulan jutaan manusia yang berada di tanah suci dalam kemuncak haji ketika di Padang Arafah. Inilah perkara yang sangat penting sejak kewujudan agama Islam di muka bumi ini dan kita patut rasa bertuah kerana kita sebahagian dari umat yang menganut agama agung ini.

Sejujurnya dalam menyambut Aidil adha adakah kita benar faham erti pengorbanan yang sering diwar warkan dalam ibadat qurban ini? Apakah dengan mengorbankan lembu dan kambing dianggap sebagai satu perkara yang dianggap sebagai qorban tatkala Aidil Adha datang. Sebagaimana Nabi Ibrahim A.S yang diarahkan untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S  adakah kita se redha itu seandainya kita berada di  tempat baginda. Sedang dalam perkara kecil yang kita hadapi dalam seharian pun kita masih teragak agak tambahan lagi untuk mengorbankan masa dan tenaga serta wang ringgit dalam menyempurnakan urusan dakwah kita.

Sebagai seorang Da'ie yang hidup di dunia ini, apalah sangat hendak mengorbankan sedikit masa dan tenaga dalam gerak kerja dakwah yang hanyalah sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan ujian yang Nabi Muhammad s.a.w hadapi ketika dalam usaha baginda menyampaikan dakwah. Baginda dicerca dihina dan dikeji. Bukan setakat sedikit harta masa dan tenaga yang dihabiskan dalam usaha Baginda menyampaikan dakwah malahan tidak terkira banyaknya. Namun Baginda sebagai contoh ikutan tidak pernah langsung mengeluh walaupun sering diugut bunuh. Sahabat Baginda, Abu Bakar As Siddiq juga telah menunjukkan sifat sedia berkorban yang bukan sedikit.

Oleh itu sempena kedatangan Aidil Adha ini diharap kita merenung kembali erti pengorbanan dan cuba lihat diri kita sendiri adakah kita setanding dengan apa yang sering kita ucapkan. Salam Aidiladha dari PAFI dengan ucapab Taqabbalahuwaminkum... 

Hamli Hamdan
Presiden
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur

Jemputan menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah PAFI & JAWI : 17 November 2012


Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dan Bahagian Dakwah JAWI akan diadakan di Dewan Hadhari Pusat Islam berserta praktikal di Surau Pusat Islam tersebut. Tuan / Puan adalah dijemput untuk menghadiri program keemasan ini untuk mempelajari cara-cara seperi menguruskan jenazah, aspek mandi, kafan dan sebagainya.

Program ini akan berdurasi selama 8 jam dan pihak PAFI dan JAWI amat mengharapkan agar peluang ini diambil oleh kita.

Sila buat pengesahan segera kerana tem
pat adalah terhad.

Bayaran Pendaftaran : RM 5.00 (untuk pengurusan)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En. Hamli (Arm Ly) : 018-2070953
En. Raffie (Luka Rafieqa) : 017-3110306
Cik Maziana : 016-3210322