LAWATI WEBSITE TERBARU PERTUBUHAN AMAL FIRDAUSI (PAFI) di www.amalfirdausi.org

Thursday 25 October 2012

Erti Pengorbanan [Selamat meyambut Aidiladha 1433]


Kedatangan saban tahun Aidil adha sering disambut dengan laungan takbir dan tentunya amat sinonim dengan mereka yang mengerjakan haji di tanah suci. Kehebtan dan kemegahan kuasa Allah disantunkan oleh kumpulan jutaan manusia yang berada di tanah suci dalam kemuncak haji ketika di Padang Arafah. Inilah perkara yang sangat penting sejak kewujudan agama Islam di muka bumi ini dan kita patut rasa bertuah kerana kita sebahagian dari umat yang menganut agama agung ini.

Sejujurnya dalam menyambut Aidil adha adakah kita benar faham erti pengorbanan yang sering diwar warkan dalam ibadat qurban ini? Apakah dengan mengorbankan lembu dan kambing dianggap sebagai satu perkara yang dianggap sebagai qorban tatkala Aidil Adha datang. Sebagaimana Nabi Ibrahim A.S yang diarahkan untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S  adakah kita se redha itu seandainya kita berada di  tempat baginda. Sedang dalam perkara kecil yang kita hadapi dalam seharian pun kita masih teragak agak tambahan lagi untuk mengorbankan masa dan tenaga serta wang ringgit dalam menyempurnakan urusan dakwah kita.

Sebagai seorang Da'ie yang hidup di dunia ini, apalah sangat hendak mengorbankan sedikit masa dan tenaga dalam gerak kerja dakwah yang hanyalah sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan ujian yang Nabi Muhammad s.a.w hadapi ketika dalam usaha baginda menyampaikan dakwah. Baginda dicerca dihina dan dikeji. Bukan setakat sedikit harta masa dan tenaga yang dihabiskan dalam usaha Baginda menyampaikan dakwah malahan tidak terkira banyaknya. Namun Baginda sebagai contoh ikutan tidak pernah langsung mengeluh walaupun sering diugut bunuh. Sahabat Baginda, Abu Bakar As Siddiq juga telah menunjukkan sifat sedia berkorban yang bukan sedikit.

Oleh itu sempena kedatangan Aidil Adha ini diharap kita merenung kembali erti pengorbanan dan cuba lihat diri kita sendiri adakah kita setanding dengan apa yang sering kita ucapkan. Salam Aidiladha dari PAFI dengan ucapab Taqabbalahuwaminkum... 

Hamli Hamdan
Presiden
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur

Jemputan menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah PAFI & JAWI : 17 November 2012


Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dan Bahagian Dakwah JAWI akan diadakan di Dewan Hadhari Pusat Islam berserta praktikal di Surau Pusat Islam tersebut. Tuan / Puan adalah dijemput untuk menghadiri program keemasan ini untuk mempelajari cara-cara seperi menguruskan jenazah, aspek mandi, kafan dan sebagainya.

Program ini akan berdurasi selama 8 jam dan pihak PAFI dan JAWI amat mengharapkan agar peluang ini diambil oleh kita.

Sila buat pengesahan segera kerana tem
pat adalah terhad.

Bayaran Pendaftaran : RM 5.00 (untuk pengurusan)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En. Hamli (Arm Ly) : 018-2070953
En. Raffie (Luka Rafieqa) : 017-3110306
Cik Maziana : 016-3210322

Saturday 14 April 2012

Usrah Bulanan 21 April 2012 - Kursus Train Of Trainers (TOT)


Lawatan ke Rumah Perlindungan SOLEHAH di Bandar Tun Razak

Baru baru ini Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bersama sama menjalankan aktiviti melawat ke Rumah Perlindungan SOLEHAH di mana rumah ini menempatkan anak anak dan ibu ibu HIV yang mana julung kalinya diadakan. Ketibaan kami pada pagi itu jam 10.00 pagi disambut dengan penuh mesra oleh kakitangan rumah SOLEHAH yang sudah agak lama menantikan kehadiran kami. 



Program beramah mesra di Rumah Solehah Sabtu yang itu berjalan dengan lancar dan baik. Suasana diceriakan dengan kehadiran Raja Pensil Warna (Uneh) dgn acara pertandingan mewarna utk kanak2 dan sessi teknik mewarna bagi dewasa termasuk ahli2 PAFI.



 Acara ditutup dengan perkongsian pengalaman dari Pn Zabedah yang begitu menyentuh hati..Seramai 14 orang sukarelawan PAFI hadir dan memberikan sokongan. Anak2 penghuni Rumah Solehah nampak begitu ceria dan mudah mesra walaupun baru pertama kali bersua dgn mereka.


 Secara fizikal gelagat mereka yg keletah, suka bertanya dan suka bermanja seakan2 membuatkan kita terlupa sebentar akan keadaan kesihatan mereka itu . Kasih sayang dan keperihatinan masyarakat buat golongan seperti ini amat2 diperlukan..mudah2an ada program susulan selepas ini.




Friday 30 March 2012

Program Lawatan Rumah Anak Yatim Solehah di Bandar Tun Razak pada 7 April 2012




Program Lawatan Rumah Anak Anak Yatim di Rumah Solehah @ Bandar Tun Razak akan diadakan pada 7 April 2012 ini dengan kerjasama Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) dan juga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai penggerak pada PAFI ini saya menyeru agar kawan kawan yang rasa ingin sama terlibat dalam program ini bolehlah turut sama menghulurkan bantuan tenaga ke majlis tersebut. Ada dikalangan penghuni rumah ini yang merupakan anak anak yang menghidapi HIV dan ini adalah peluang untuk kita turun padang dan sama bermesra dan lebih mengenali mereka ini disamping dapat mengeratkan hubungan diantara ahli PAFI dan juga kawan kawan dari blog AHP.

Insyaallah program ini merupakan program kedua PAFI dan JAWI dan saya cuba untuk melibatkan pembaca blog ini dan AHP (www.akuhivpositif.blogspot.com) serta Positive Warriors ke program tersebut. Dibawah ini adalah tentatif program tersebut :

Tentatatif :

10.00 pagi  : Berkumpul di Rumah Solehah Bandar Tun Razak Cheras
10.30 pagi  : Ucapan alu aluan
10.45 pagi  : Program bermula (Diantara program yang akan dijalankan, akan diberitahu kelak)
12.00 tengahari : Makan Tengahari bersama
1.30 petang : Solat berjamaah
2.00 petang : Pemberian hadiah / saguhati / sumbangan kepada penghuni Rumah Solehah
3.00 petang : Bersurai

Untuk maklumat lanjut boleh email kepada saya : hamlihamdan@yahoo.com ataupun boleh telefon saya di talian 012-6053420.

Hidup biar berjasa.... :)

Monday 19 March 2012

Lawatan Bersiri PAFI / Taman Firdausi @ Rumah Anak Yatim


Lawatan bersiri Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) akan bermula tahun ini dengan sesi pertama lawatan di Rumah Anak Yatim Tmn Baiduri, Dengkil. Dalam program ini kita akan membeli barangan makanan hasil dari kutipan derma dan sumbangan ahli untuk dibawa ke rumah tersebut di samping tujuan untuk mengeratkan silaturrahimPihak PAFI amat memerlukan sumbangan kewangan dan juga dari segi makanan serta minuman untuk dikongsi bersama anak anak ini dan oleh itu kami amat mengalu alukan sumbangan anda kepada pihak kami dengan menghubungi

Kak Maziana di talian 016-3210322 atau
Email : Lina.aziz10@yahoo.com.
Selain itu boleh juga dimasukkan ke akaun bank beliau :
BANK RHB : 10507930079593 MAZIANA ABD AZIZ

Aturcara (31 MAC 2012) :

9.00 pagi : Berkumpul di Tol PLUS Exit Kajang
10.00 pagi : Bergerak ke Rumah Anak Yatim Tmn Baiduri, Dengkil
11.00 pagi : Sesi mesra bersama pengurusan & penghuni rumah berkenaan & penyampaian sumbangan
1.15 tgahari : Solat Zohor dan Makan Tengahari
3.00 petang : Penutup dan bersurai

Sila sahkan kedatangan anda dengan menekan butang ATTENDING : HANYA SEKIRANYA ANDA BENAR BENAR INGIN TURUT SERTA KE PROGRAM TERSEBUT.

Terima kasih

Hamli Hamdan
Amir PAFI / Taman Firdausi
018-2070953 


Muktamar Thanawi PAFI Kali ke 2

Satu mesyurat telahpun dijalankan baru baru ini dan secara rasminya kita telah memilih untuk mengadakan Muktamar Thanawi Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) pada 26 Mei 2012 / 5 Rejab 1433 Hijrah. Tempat yang dicadangkan adalah di hotel sekitar Kuala Lumpur. Pihak PAFI akan memaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga yang dirancangkan menjadi kenyataan. Insyaallah




Wednesday 15 February 2012

Teater AYAH pada 24 & 25 Februari 2012 oleh Persatuan PESONA SENI KL [Rakan NGO PAFI]

Rakan NGO Taman Firdausi iaitu PERSATUAN PESONA SENI KL dengan ini menjemput anda ke persembahan teater yang bertajuk AYAH pada 24 & 25 Februari 2012 bertempat di Auditorium JKKN W.Persekutuan (Taman Budaya KL) bersebalahan dengan Balai Polis Trafik Jalan Bandar KL. Masuk adalah percuma. Ada beberapa ahli Taman Firdausi yang turut berkerjasama dalam team produksi dan juga pelakon teater tersebut. Jemput datang ya!


Monday 6 February 2012

Bersama sertai kami di Komuniti Usrah Taman Firdausi

Bersama sertai Komuniti Usrah Taman Firdausi di Online dan juga di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur setiap bulan 2 minggu sekali... Dapatkan info terbaru di blog dan juga di facebook.


Sunday 5 February 2012

PAFI Kini di BLOG!





Kewujudan Komuniti Usrah Taman Firdausi yang dimulakan pada tahun 2011 telah membuka lembaran baru dengan kewujudan Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) yang turut menghimpunkan ramai sukarelawan yang ingin bergiat aktif dengan satu bentuk gerakan dakwah sederhana yang berdasarkan pada kekuatan usrah secara online. Konsep usrah secara online bukanlah satu wadah yang asing pada banyak orang kerana telah wujud pelbagai web yang membawa pendekatan usrah online ini. Namun yang demikian pihak PAFI mengambil kesempatan dengan turut mewujudkan usrah bersemuka yang diadakan setiap bulan sebanyak 2 kali.

PAFI menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menjalankan usrah bersemuka di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur setiap minggu. Dengan kerjasama yang dijalankan bersama JAWI ini turut membuka peluang untuk PAFI turut bersama dengan beberapa gerakan dan NGO Islam yang lain dalam misi dan usaha untuk menjalankan kerja kerja amal bersama masyarakat dan juga pelbagai komuniti di Malaysia.

Buat masa ini PAFI bergiat aktif di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor berikutan masih lagi baru dan sekiranya keadaan mengizinkan, PAFI berminat untuk memperkembangkan lagi usaha gerakan kerja amal ini diperingkat kebangsaan yang turut meliputi seluruh Malaysia.

Pihak PAFI mengalu alukan cadangan dan komen terhadap program kami. Anda boleh mengakses Facebook PAFI di www.facebook.com/amalfirdausi dan juga email di amalfirdausi@gmail.com.  PAFI juga mempunyai group komuniti Facebook iaitu Usrah Taman Firdausi @ Online. Semuanya menanti anda di web facebook kami. 


"ILMU, IMAN, AMAL"